samedi 14 novembre 2009

Qalbu


"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah, itulah hati."

Hati-hati menjaga hati supaya hati tidak mati.InsyaAllah..

Tiada Jalan Tengah


Tarikan iman dan tarikan syaitan tidak boleh menerima antara satu sama lain, saling bertolakan dan bermusuhan dan mustahil utk berada dalam satu halaqah bersama. Satu ke arah kanan, satu ke arah kiri, tidak sesekali akn bertemu pada titik yang sama. Allah swt telah berikan kita pilihan utk berada pada yang hak di jalan keimanan ataupan pada yang batil dijalan kesesatan.

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi) [surah al Balad : 10]

Memilih jalan wahyu adalah satu khabar baik buat manusia kerna mereka dijanjikan kebaikan, ketenangan, dan kejayaan di dunia mahupun akhirat kelak. Nabi sebagai ikutan, al quran sebagai panduan hidup, kita lakukan satu pilihan yg tepat sebelum sampai mase bertemu al Malik.

Sebaliknya memilih jalan al Hawa, bererti kita menolak syariat. Khabar buruk menanti kita di suatu hari yg mane tiada peluang untuk bertaubat mahupan meminta pertolongan. Menghambakan diri di jalan ini hanya memberikan kita kepuasan bersifat sementara tetapi kesedihan dan kekecewaan yg berpanjangan abadi di hari penentuan Ilahi.

Tiada jalan tengah, dan hanya satu jalan menjamin kita menuju al jannah. Itulah jalan yg sukar, panjang, penuh onak berduri yg tidak mampu dilalui oleh mereka yg menjadikan dunia sebagai Ilah dan yg paling dicintai, kelak nanti akan menghampakn mereka sendiri.

Jalan ini hanya berjaya ditempuh oleh mereka yg teguh mengimani Allah swt, mereka melaksanakn segala ketaatan kepadaNYA. Merekalah dai’e yg istiqamah berada di jalan makrifatullah, mereka mengajak manusia mengenal dan mengadikan diri kepada Pencipta. Walaupun melalui jalan yg berliku dan panjang, cahaya berderang berkilauan menanti mereka dihujung jalan. SubhanAllah..

samedi 7 novembre 2009

Kejayaan Sebenar KITA

Teringat zaman sekolah menengah dulu, kata-kata seorang cikgu kimia setiap kali menyampaikan tazkirah di surau. Beliau sering memulakan bicara kepada hadirin yang ada dengan peringatan sama bahawa "sesungguhnya kejayaan manusia hanyalah dalam agama Islam, sejauh mana manusia itu taat kepada perintah Allah swt dan ikut sunnah Nabi Muhammad saw".

Sekiranya harta menjadi pilihan Allah swt untuk manusia berjaya, maka Qarun lah orangnya. Sekiranya darjat yang menentukan kejayaan seseorang insan, maka Firaun laknatullah yang telah lama berjaya. Sekiranya pangkat dan kuasa menjadi ukuran, maka sesungguhnya Hamman sudah lama berbahagia. Tetapi tidak duhai sahabat, insan-insan ini telah dilaknat Allah swt atas keangkuhan, keengkaran dan kesombongan mereka sendiri.

Ingatlah, kejayaan manusia hanyalah di jalan Dinul Haq, agama Islam yang diredhai Allah swt. Hanya agama Islam sahaja yang mampu memimpin setiap jiwa yang bernyawa berjaya di muka bumi sehingga bertemu Allah swt. Hal ini telah dibuktikn dengan kejayaan Nabi tercinta kita, kekasih Allah. Rasulullah saw telah berjaya mengubah dengan izin Allah sebuah masyarakat jahiliyyah dengan membawa kepada mereka satu agama yang Kamil Mutakamil, dengan mendidik mereka mengenal al Khaliq. Rasulullah saw telah berjaya membina insan-insan yang sangt mencintai Allah saw dan sentiasa berjuang menyambung perjuangan baginda sehingga akhir zaman. Mereka terus teguh menyampaikn mesej Islam berdakwah mengajak manusia beriman kepada Allah swt walau sehebat mana mehnah dan fitnah melanda.

Sahabat, kejayaan manusia bukan terletak pada wang ringgit, bukan pada kedudukan dan nama, tetapi kejayaan kita di dunia mahupun akhirat terletak sejauh mana tahap keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah swt tanpa melupakan tanggungjawab kita terhadap manusia lain dengan menyampaikn intipati Islam kepada mereka. Terlaksana segala tanggungjawab kita, sebagai hamba dan khalifah, insyaAllah kejayaan besar menanti kita dan cita-cita kita untuk ikuti jejak langkah hamba Allah swt yang paling suci hatinya menemui syurga tercapai insyaAllah.

Sahabat, jadilah kita hamba yang soleh dan terus mengajak jiwa-jiwa di sekeliling kita mengesa dan mematuhi perintah Allah swt. Di sinilah terletaknya segala kemuliaan kita di sisi Allah swt.

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" : Fussilat ayat 33

jeudi 5 novembre 2009

Mereka Jundullah


Dakwah Islamiyyah perlukn pemuda berani

rijal rijal yang mencintai Allah sepenuh hati
Islam difahami dan dijulang ke tahap tertinggi
selagi jasad mereka bernyawa di bumi
mereka ansarullah tidak hanya memerhati
umat Islam dihina dan dicaci
oleh musuh Allah hamba duniawi
mereka berjanji pada Tuhan rabbul Izzati
terus tertsabat mendokong Islam yang suci
Mereka mendidik rijal rijal sejati
Tidak pula lupa tarbiah diri
mereka terus membina menyusun rapi
perjuangan mereka bersambung generasi
biarpun syahid di jalan Ilahi
Ya Allah, mahu kami seperti jiwa jiwa ini
hebat mereka seperti helang rajawali
hidup senantiasa mengingati mati
tujuan hidup tidak sekali dilupai
hawa ditolak wahyu di sisi
langkah mereka mengikut Nabi
insyaAllah bertemu mereka syurga firdausi..

"hanya gerhana, bukan selamanya"