mercredi 1 septembre 2010

DUIT vs REZEKI

Baru-baru ni, kebetulan pulang dari sebuah pasaraya dekat Kuala Lumpur, ambo ditakdirkan naik sebuah teksi yang ambo rasa lain dari teksi yang pernah dinaiki sebelum ni.

Bukan sebab teksi tu cantik, sangat mewah ataupun tambang lebih murah tapi sebenarnya sebab driver teksi tu sangat lain dari yang lain.

Masa dalam teksi tu, tiba-tiba ambo terkeluar satu isu dan tanya pendapat pak cik driver tu.

"Driver teksi dekat sini macam-macam perangai ada kan pak cik. Ada yang mudah melenting,ade yang peramah, ada yang ok, ada yang tak ok dari segi melayan penumpang. Saya pernah terkena dengan driver yang cepat marah padahal saya tak buat silap apapun..huhu..Kenapa ye pak cik boleh jadi camtu?"

Dengan tenang pak cik tu jawab "biasalah nak, apapun berbalik pada niat masing-masing bile keluar rumah setiap hari memandu teksi. Niat masing-masing semata-mata nak cari duit atau nak cari rezki halal sebenarnya."

Ambo sangat tertarik jawapan spontan dari pak cik driver tu.

Tambah pak cik lgi, "Pada pak cik, kalau semua driver setiap hari bekerja dengan niat untuk dapat rezki yang halal, insyaAllah mereka takkan risau, dapat banyak alhamdulillah, dapat sikit pun alhamdulillah. Semuanya dari Allah. Tapi kalau niat semata-mata nak cari duit saje, itu yang berlaku macam-macm kalau duit yg dicari tak capai sasaran, jadi macam-macam kerenah tak baik berlaku sebab hati tak tenang di tambah dengan kepenatan lagi.

Macam pak cik sendiri pun, awal-awal lagi pakcik niatkan tiap-tiap hari pak cik keluar memandu teksi di Kuala Lumpur ni untuk dapatkan rezki yang halal. Banyak atau sikit manapun hasil yang pak cik dapat, pakcik bersyukur pada Allah swt atas rezki yang di kurniakan. InsyaAllah ada keberkatan, hati pun tenang. Dengan rezki halal, kita dapat keberkatan yang akan menjadikan kita lebih kuat berusaha untuk mendapatkan yg terbaik "

SubhanaAllah,ambo senyum sambil membalas, "saya sangat setuju pak cik".

Ambo cube kaitkan sikit sebanyak dengan konteks dakwah kita. Seorang dai'e perlu letakkan niat yang jelas bahawa, kita laksanakan tanggungjawab kita adalah untuk dapatkan keredhaan Allah swt di akhirat kelak.

Bukan bilangn mad'u yang kita kejar, bukan pandangan baik manusia yang kita sasarkan.

Bila niat kita nkkan redha Allah, kita pasti akan tenang dengan hasil amal kita dan tadiyyah kita walaupun mungkin tk mencapai sasaran kuantiti yang kita mahukan.

Sebabnya kita tahu Allah swt melihat pada usaha kita bukan pada hasil kita.

Apapun, mesti diingat, Allah swt maha adil. Makin meningkat usaha dakwah kita, makin besar hasilnya asalkan kita bertindak atas hadaf dan landasan betul seperti diajarkan Nabi junjungan Muhammad saw. Maka bersyukurlah..

Sesungguhnya, hanya redha Allah swt yang akan menjamin kita dari dipersalahkan di akhirat kelak dalam melaksanakan tanggungjawab berat ini..

Berbalik pada pakcik td, pada kesempatan tu juga, beliau ada nasihatkan ambo supaya berusaha dengan bersungguh untuk capai segala kebaikan dan kejayan hidup yang dihajati. Allah pasti berikannya setimpal dengan usaha yang kita laksanakan.

Setibanya ambo di destinasi, ambo ucap terima kasih banyak pada pak cik tu atas perkongsian dan nasihat. Sebelum beredar, ambo sempat cakap, "alangkah baiknya kalau semua driver teksi yang ada dekat Malaysia boleh berfikir macm pakcik. Jazakallah. Assalamualaikum wbt"..


samedi 28 août 2010

Bulan Ramadhan bukan bulan rehat


Bagi seorang dai'e, tidak patut terlintas di hati kita untuk hanya berehat atau memperlahankan tempo gerak kerja apabila datang bulan Ramadhan. Dengan digandakan pahala dengan berlipat kali ganda, amatlah rugi jika ada di kalangan kita yang memahami shadatul haq lebih berfikir untuk berehat kerana kepenatan.

Sepatutnya, bulan Ramadhan adalah medan terbaik untuk kita lakukan kerja dakwah,tingkatkan usaha mengtajmik, berusrah, tingkatkan tarbiyah ruhiyyah dan zatiyyah kerna kita tahu kelebihan di bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Muhammad jauh lebih baik dari bulan-bulan yang lain.

Melihat kembali pada sejarah banyak peristiwa sejarah yang memberi impak besar kepada kebangkitan Islam berlaku pada bulan Ramadhan seperti
perang Badar(17 Ramadhan 2 Hijrah),
persediaan umat Islam untuk perang Khandak(Ramadhan-syawal 6 Hijrah),
pembukaan kota Mekah(20 Ramadhan 8 Hijrah),
pemusnahan berhala-berhala kepunyaan kafir quraish oleh nabi saw dan sahabat( 25 Ramadhan 9 Hijrah),
perjalan perang Tabuk(Rejab-Ramadhan 9 Hijrah),
perang Qadisiyah, Parsi( 9 Ramadhan 16 Hijrah),
pembebasan Andalusia( 9 Ramadhan 92 Hijrah),
perang salib:pembebasan palestin( ramadahan 584 hijrah),
perang Ain Jalut( 15 Ramadhan 658 Hijrah), dan perang arab-israel: pembebasan Sinai( 10 Ramadhan 1390 Hijrah).

Di bulan Ramadhan, Nabi dan sahabat tidak leka berehat untuk menghilangkan penat, tapi semakin menggandakan usaha untuk mempertahankan dan menyebarkan Islam kepada umat manusia. Mereka bermandikan peluh dan darah di medan peperangan.

Telah banyak dinukilkan tentang kejayaan umat Islam dalam peperangan di bulan Ramadhan dengan atas sebab kekuatan tarbiyah dan pengharapan mereka yang tidak pernah putus pada Allah swt.

Di siang hari mereka seperti singa, di malam hari mereka menjadi abib. Mereka yakin, kejayaan yang mereka kecapi bukan sebab usaha mereka, tapi kerna kuatnya hubungan mereka dengan Allah..

Sahabat, sepanjang bulan Ramadhan ni, diikuti dengan bulan-bulan yg akan datang, mari kita pertingkatkan lagi ibadah kita,tilawah dan tadabbur kita, kiam kita, zikir kita, dan bacaan ruhiyyah kita.

Dalam masa yang sama kita terus kuatkan dan tsabatkn diri bekerja untuk dakwah Islam. Mari kita bina hubungan yang lebih kuat dengan Allah untuk kejayaan dakwah kita..

samedi 2 janvier 2010

Muhasabah Tadhiyyah Kita


Aku malu melihat orang-orang sedikit di sekelilingku. Sungguh tinggi tahap tadhiyyah mereka hanya utk satu kepentingan. Bukan utk kepentingan diri mereka sendiri, tetapi segalanya demi menjulang agama Islam tercinta.

Kerna mahu kalimah Allah swt sampai ke dalam setiap hati-hati manusia, harta, masa, dan tenaga banyak mereka nafkahkan tanpa mengharapkan sebarang balasan dari makhluk.

Tadhiyyah para sahabat Nabi saw di jalan Dinul haq menjadi qudwah kepada usaha dan pengorbanan mereka yg tidak memandang kepada pujian manusia. Sifat suka berkorban menjadikan mereka semakin kuat dan matang bersilih hari di seperjalanan perjuangan yg sukar dan panjang ini.

Sesungguhnya, mereka sangat mengerti bahawa cita-cita dan impian mereka utk meletakkn Islam ke tahap tertinggi tidak sekali-kali kesampaian dn hanya tinggal sebagai angan-angan kosong tanpa tahap pengorbanan yg cukup dengan penuh keikhlasan kepada Rabbul Jamil.

Mereka sangat memahami akan jual beli yang Allah swt tawarkan kepada orang-orang yang beriman, kepada para dai'e. Mereka berkorban apa yang dikurniakan mereka di dunia demi agamaNYA, buat mereka syurga yang kekal abadi, sebaik-baik balasan dari Allah swt.

MashaAllah. Ya Allah, mahu aku seperti mereka sebelum tiba saat itu untukku..

mercredi 30 décembre 2009

Hanya Gerhana Bukan Selamanya

Hatiku sedih melihat setiap hari ummat Islam dihina, ditindas, dizalimi, dilukai dan disakiti. Lihat sahaja saudara kita di Palestin, sepanjang masa mereka berdepan dengan kejahatan zionis yg mahu mengusir mereka dan merampas bumi mereka kurniaan Allah swt. Pembunuhan saudaraku tidak pernah berhenti, pendamaian yg dijanjikan hanyalah satu penipuan yg nyata.

Aku benci, aku geram, hatiku sakit memikirkan umat Islam diperlakukan sedemikian. Ya Allah, mahu sahaja aku berangkat ke sana, menyertai mereka membaling batu ke arah zionis laknatullah.

Hatiku tk tenang melihat mereka setiap hari bermandikan darah, rumah-rumah mereka diroboh, hidup mereka tidak seperti aku dan teman-teman di sini.

Cukupkah dengn sekadar aku menangis tanda kesedihan dan simpati aku pada saudara aku di sana?

Tiada apa yang dapat mengubah nasib mereka dengan hanya menangis meratap kesedihan melihat tayangan demi tayangan bagaimana mereka disakiti.

Cukupkah dengn hanya aku menginfakkn sejumlah harta untuk mereka sedangkan penderitaan masih belum mahu berhenti?

Cukupkah jika hanya aku berdoa menitiskan air mata memohon Allah swt selamatkn mereka dri dizalimi sedangkan di sekelilingku masih ramai umat Islam yg belum sedar akn apa yg berlaku kepada saudaraku di sana bahkan pada diri mereka sendiri?

Apa yg patut aku lakukan..

Dengan sedikit kesedaran kurniaan al Malik, aku faham, semua ini perlu tp tidak cukup untuk mengubah nasib keadaan saudaraku di seluruh dunia.

Aku mesti bertindak, mengumpulkan dan berusaha menyedarkn ummat Islam yg masih enak dibuai mimpi dunia yg bakal mengecewakn diri mereka sendiri di hari kelak.

Aku bertanggungjawab mengajak mereka kepada makrifatullah dan beriman kepada Allah swt dengan sebenar-benarnya.

Aku wajib mengembalikan ummat Islam kepada al quran dan as sunnah sebagai pegangan dan pedoman hidup.

Aku wajib berusaha memahamkn mereka erti mereka dilahirkn di dunia. Merekalah abdillah dan merekalah khalifah.

Aku wajib mengejutkan mereka dari tidur yg panjang, akibat serangan pemikiran kafir laknatullah.

Aku wajib memahamkn mereka bahawa Allah swt tidak menciptakn manusia di dunia utk bermain-main tanpa arah tuju.

Mereka perlu sedar, kehidupan mereka yg sebenar adalah di hari di mana tiada penyesalan lagi, pintu taubat tertutup rapat utk mereka.

Aku mesti memahamkn kepada semuanya, tanggungjawab mengembalikan kegemilangn Islam di atas tangan-tangan mereka.

Mereka mesti meyakini bahawa kemenangan agama Islam pasti tiba, yakin akan janji Allah swt dan merekalah yg akan membantu memenangkan dan meletakkn Islam di tahap tertinggi.

Kebenaran pasti mengalahkan dan menghandurkn kebatilan. Islam mesti diyakini sebagai dinul haq, jalan awal dan akhir, tiada jalan lain melainkn Islam, satu-satunye yg bakal menyelamatkan mereka dari menjadi bahan bakar api neraka jahanam.

Seluruh umat Islam bertanggungjwab memahamkn umat Islam yang lain setelah diberikn kefahaman agama al Haq ke dalam hati-hati mereka oleh al Khaliq.

Fahamnya mereka di muka bumi Allah swt akn setiap tanggungjawab mereka di kala itulah, insyaAllah, aku akan melihat umat Islam terutama saudara tercintaku di Palestin hidup dalam keadaan aman, dapat beribadah kepada Allah swt tanpa gangguan dari musuh.

Ummat Islam mesti bersatu hati, bersatu di bawah satu ikatan akidah dan ikatan ukhwah yg tersimpul kemas dalam melaksanakan tuntutan al Haq ini. Penderitaan ummat Islam hanya bersifat sementara, bukan berpanjngn selamanya.

Aku yakin, ini bukan suatu mimpi, tp satu matlamat yang ingin aku capai melalui satu jalan. Aku mahu bersama para duat berada di jalan sama menyambung rantai perjuangan Nabi saw sehinggalah aku dijemput Izrail dlm keadaan aku diredhai Allah swt.Ameen ya rabbal alamin..

dimanche 13 décembre 2009

Akhlak Para Dai'e


Kata seorang ikhwah, "tidak kira dengn sesiapa, seorang dai'e mesti beramal dengan akhlak mulia biarpun kadang-kadang kebaikan kita dibalas dengn sebaliknya"..

orang melempar duri, kita menabur bunga
orang mencaci, kita senyum sentiasa
orang memusuhi, kita beriman selamanya..

mardi 8 décembre 2009

Tanda kasih sayang Allah

Allah swt pasti menguji kita dengan suatu yg berat mahupun kecil, tidak sekali kita terlepas. Namun ingtlah, Allah swt tidak menguji seorg mukmin dengan sesuatu diluar kesanggupan yakni dengan beban yg tidak mampu dihadapinya.

"Dan kami tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi(dirugikan)"
al Mukminun:62

Ujian Allah tanda sifat Rahman dan RahimNYA pada setiap hamba. Dan sungguh, menjadi sunnah org yg berjuang dijalan Allah swt, hidup pasti diuji bahkan lebih berbanding org lain di seperjalanan memenuhi tuntuan Ilahi baik dri segi harta, tenaga, masa mahupun jiwa.

Namun, mereka terus teguh melaksanakan tanggungjawab al Haq tanpa mengeluh kerna penat, tnpa kecewa kerna kadang bertemu kegagalan sementara. Hati mereka sentiasa tenang, hening bagaikan tiada apa yg berlaku malahan mereka kelihatan lebih gembira berbanding mereka yg jarang diuji.

Sesaat mereka diuji, selangkah mereka makin mendekatkn diri kepada Allah swt, tnpa langsung merasa ujian dari Allah satu kerugian, tidak sedikit pun bersangka buruk pada Allah.

Kata-kata seperti mahu mengundur diri dari perjuangan tidak pernah sekali-kali timbul di akal fikir mereka. Mereka yakin Allah swt tidak pernah zalim dan keyakinan terhadap cinta Allah swt pada jiwa yg berkorban dijalanNYA makin utuh.

Hati mereka makin kuat berzikrullah. Sabar menjadi teman setia. Hari ke hari, diri mereka meningkat kuat bertaut dengn jalan kebenaran, rantai ukhwah antara mereka makin tersimpul kemas.

MashaAllah, dri manakah datg kekuatan mereka sebegini?.

Ya sahabat, inilah anugerah Allah swt kepada mereka yg tanpa henti mewakafkan diri mereka dijalan tarbiah.

"Tarbiah bukan segala-galanya tapi segalanya bermula dari tarbiah".

Hati mereka hidup, jiwa mereka tidak mati, mereka sangt dekt dengn Allah, dekt bagaikn tiada ukuran dan hanya Allah swt maha Mengetahui. Mereka mencintai Allah, Allah swt mengasihi mereka..

samedi 5 décembre 2009

Berdoalah


: "إن دعوة المرء المسلم مستجابة لأخيه بظهر الغيب، عند رأسه ملك موكل، كلما دعا لأخيه بخير، قال: آمين، ولك بمثل". قال: فلقيت أبا الدرداء في السوق، فقال مثل ذلك، يأثر عن النبي صلى الله عليه وسلم.

"Sesungguhnya do'a seorang muslim kepada saudaranya di saat saudaranya tidak mengetahuinya adalah doa'a yang mustajab (terkabulkan). Di sisi orang yang akan mendo'akan saudaranya ini ada malaikat yang bertugas mengaminkan do'anya. Tatkala dia mendo'akan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: Amin. Engkau akan mendapatkan semisal dengan saudaramu tadi."(riwayat muslim)

Tidak sekali-kali rugi kita apabila setiap masa mendoakan saudara seIslam kita, memohon kehadrat Ilahi agar diberikan mereka keselamatan, kesejahteraan, kejayaan, kebahagian, kesabaran, kemenangan, kemuliaan, keberanian, kekuatan, kemantapan iman, dan segala kebaikan sepanjang menempuh kehidupan yg sukar ini kerna setiap doa yang ikhlas itu bakal terpantul pada diri kita sendiri atas rahmat dan kasih sayang Allah. Di sisi, ada malaikat mengaminkan utk kita. SubhanAllah...