mercredi 1 septembre 2010

DUIT vs REZEKI

Baru-baru ni, kebetulan pulang dari sebuah pasaraya dekat Kuala Lumpur, ambo ditakdirkan naik sebuah teksi yang ambo rasa lain dari teksi yang pernah dinaiki sebelum ni.

Bukan sebab teksi tu cantik, sangat mewah ataupun tambang lebih murah tapi sebenarnya sebab driver teksi tu sangat lain dari yang lain.

Masa dalam teksi tu, tiba-tiba ambo terkeluar satu isu dan tanya pendapat pak cik driver tu.

"Driver teksi dekat sini macam-macam perangai ada kan pak cik. Ada yang mudah melenting,ade yang peramah, ada yang ok, ada yang tak ok dari segi melayan penumpang. Saya pernah terkena dengan driver yang cepat marah padahal saya tak buat silap apapun..huhu..Kenapa ye pak cik boleh jadi camtu?"

Dengan tenang pak cik tu jawab "biasalah nak, apapun berbalik pada niat masing-masing bile keluar rumah setiap hari memandu teksi. Niat masing-masing semata-mata nak cari duit atau nak cari rezki halal sebenarnya."

Ambo sangat tertarik jawapan spontan dari pak cik driver tu.

Tambah pak cik lgi, "Pada pak cik, kalau semua driver setiap hari bekerja dengan niat untuk dapat rezki yang halal, insyaAllah mereka takkan risau, dapat banyak alhamdulillah, dapat sikit pun alhamdulillah. Semuanya dari Allah. Tapi kalau niat semata-mata nak cari duit saje, itu yang berlaku macam-macm kalau duit yg dicari tak capai sasaran, jadi macam-macam kerenah tak baik berlaku sebab hati tak tenang di tambah dengan kepenatan lagi.

Macam pak cik sendiri pun, awal-awal lagi pakcik niatkan tiap-tiap hari pak cik keluar memandu teksi di Kuala Lumpur ni untuk dapatkan rezki yang halal. Banyak atau sikit manapun hasil yang pak cik dapat, pakcik bersyukur pada Allah swt atas rezki yang di kurniakan. InsyaAllah ada keberkatan, hati pun tenang. Dengan rezki halal, kita dapat keberkatan yang akan menjadikan kita lebih kuat berusaha untuk mendapatkan yg terbaik "

SubhanaAllah,ambo senyum sambil membalas, "saya sangat setuju pak cik".

Ambo cube kaitkan sikit sebanyak dengan konteks dakwah kita. Seorang dai'e perlu letakkan niat yang jelas bahawa, kita laksanakan tanggungjawab kita adalah untuk dapatkan keredhaan Allah swt di akhirat kelak.

Bukan bilangn mad'u yang kita kejar, bukan pandangan baik manusia yang kita sasarkan.

Bila niat kita nkkan redha Allah, kita pasti akan tenang dengan hasil amal kita dan tadiyyah kita walaupun mungkin tk mencapai sasaran kuantiti yang kita mahukan.

Sebabnya kita tahu Allah swt melihat pada usaha kita bukan pada hasil kita.

Apapun, mesti diingat, Allah swt maha adil. Makin meningkat usaha dakwah kita, makin besar hasilnya asalkan kita bertindak atas hadaf dan landasan betul seperti diajarkan Nabi junjungan Muhammad saw. Maka bersyukurlah..

Sesungguhnya, hanya redha Allah swt yang akan menjamin kita dari dipersalahkan di akhirat kelak dalam melaksanakan tanggungjawab berat ini..

Berbalik pada pakcik td, pada kesempatan tu juga, beliau ada nasihatkan ambo supaya berusaha dengan bersungguh untuk capai segala kebaikan dan kejayan hidup yang dihajati. Allah pasti berikannya setimpal dengan usaha yang kita laksanakan.

Setibanya ambo di destinasi, ambo ucap terima kasih banyak pada pak cik tu atas perkongsian dan nasihat. Sebelum beredar, ambo sempat cakap, "alangkah baiknya kalau semua driver teksi yang ada dekat Malaysia boleh berfikir macm pakcik. Jazakallah. Assalamualaikum wbt"..