mercredi 1 septembre 2010

DUIT vs REZEKI

Baru-baru ni, kebetulan pulang dari sebuah pasaraya dekat Kuala Lumpur, ambo ditakdirkan naik sebuah teksi yang ambo rasa lain dari teksi yang pernah dinaiki sebelum ni.

Bukan sebab teksi tu cantik, sangat mewah ataupun tambang lebih murah tapi sebenarnya sebab driver teksi tu sangat lain dari yang lain.

Masa dalam teksi tu, tiba-tiba ambo terkeluar satu isu dan tanya pendapat pak cik driver tu.

"Driver teksi dekat sini macam-macam perangai ada kan pak cik. Ada yang mudah melenting,ade yang peramah, ada yang ok, ada yang tak ok dari segi melayan penumpang. Saya pernah terkena dengan driver yang cepat marah padahal saya tak buat silap apapun..huhu..Kenapa ye pak cik boleh jadi camtu?"

Dengan tenang pak cik tu jawab "biasalah nak, apapun berbalik pada niat masing-masing bile keluar rumah setiap hari memandu teksi. Niat masing-masing semata-mata nak cari duit atau nak cari rezki halal sebenarnya."

Ambo sangat tertarik jawapan spontan dari pak cik driver tu.

Tambah pak cik lgi, "Pada pak cik, kalau semua driver setiap hari bekerja dengan niat untuk dapat rezki yang halal, insyaAllah mereka takkan risau, dapat banyak alhamdulillah, dapat sikit pun alhamdulillah. Semuanya dari Allah. Tapi kalau niat semata-mata nak cari duit saje, itu yang berlaku macam-macm kalau duit yg dicari tak capai sasaran, jadi macam-macam kerenah tak baik berlaku sebab hati tak tenang di tambah dengan kepenatan lagi.

Macam pak cik sendiri pun, awal-awal lagi pakcik niatkan tiap-tiap hari pak cik keluar memandu teksi di Kuala Lumpur ni untuk dapatkan rezki yang halal. Banyak atau sikit manapun hasil yang pak cik dapat, pakcik bersyukur pada Allah swt atas rezki yang di kurniakan. InsyaAllah ada keberkatan, hati pun tenang. Dengan rezki halal, kita dapat keberkatan yang akan menjadikan kita lebih kuat berusaha untuk mendapatkan yg terbaik "

SubhanaAllah,ambo senyum sambil membalas, "saya sangat setuju pak cik".

Ambo cube kaitkan sikit sebanyak dengan konteks dakwah kita. Seorang dai'e perlu letakkan niat yang jelas bahawa, kita laksanakan tanggungjawab kita adalah untuk dapatkan keredhaan Allah swt di akhirat kelak.

Bukan bilangn mad'u yang kita kejar, bukan pandangan baik manusia yang kita sasarkan.

Bila niat kita nkkan redha Allah, kita pasti akan tenang dengan hasil amal kita dan tadiyyah kita walaupun mungkin tk mencapai sasaran kuantiti yang kita mahukan.

Sebabnya kita tahu Allah swt melihat pada usaha kita bukan pada hasil kita.

Apapun, mesti diingat, Allah swt maha adil. Makin meningkat usaha dakwah kita, makin besar hasilnya asalkan kita bertindak atas hadaf dan landasan betul seperti diajarkan Nabi junjungan Muhammad saw. Maka bersyukurlah..

Sesungguhnya, hanya redha Allah swt yang akan menjamin kita dari dipersalahkan di akhirat kelak dalam melaksanakan tanggungjawab berat ini..

Berbalik pada pakcik td, pada kesempatan tu juga, beliau ada nasihatkan ambo supaya berusaha dengan bersungguh untuk capai segala kebaikan dan kejayan hidup yang dihajati. Allah pasti berikannya setimpal dengan usaha yang kita laksanakan.

Setibanya ambo di destinasi, ambo ucap terima kasih banyak pada pak cik tu atas perkongsian dan nasihat. Sebelum beredar, ambo sempat cakap, "alangkah baiknya kalau semua driver teksi yang ada dekat Malaysia boleh berfikir macm pakcik. Jazakallah. Assalamualaikum wbt"..


samedi 28 août 2010

Bulan Ramadhan bukan bulan rehat


Bagi seorang dai'e, tidak patut terlintas di hati kita untuk hanya berehat atau memperlahankan tempo gerak kerja apabila datang bulan Ramadhan. Dengan digandakan pahala dengan berlipat kali ganda, amatlah rugi jika ada di kalangan kita yang memahami shadatul haq lebih berfikir untuk berehat kerana kepenatan.

Sepatutnya, bulan Ramadhan adalah medan terbaik untuk kita lakukan kerja dakwah,tingkatkan usaha mengtajmik, berusrah, tingkatkan tarbiyah ruhiyyah dan zatiyyah kerna kita tahu kelebihan di bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Muhammad jauh lebih baik dari bulan-bulan yang lain.

Melihat kembali pada sejarah banyak peristiwa sejarah yang memberi impak besar kepada kebangkitan Islam berlaku pada bulan Ramadhan seperti
perang Badar(17 Ramadhan 2 Hijrah),
persediaan umat Islam untuk perang Khandak(Ramadhan-syawal 6 Hijrah),
pembukaan kota Mekah(20 Ramadhan 8 Hijrah),
pemusnahan berhala-berhala kepunyaan kafir quraish oleh nabi saw dan sahabat( 25 Ramadhan 9 Hijrah),
perjalan perang Tabuk(Rejab-Ramadhan 9 Hijrah),
perang Qadisiyah, Parsi( 9 Ramadhan 16 Hijrah),
pembebasan Andalusia( 9 Ramadhan 92 Hijrah),
perang salib:pembebasan palestin( ramadahan 584 hijrah),
perang Ain Jalut( 15 Ramadhan 658 Hijrah), dan perang arab-israel: pembebasan Sinai( 10 Ramadhan 1390 Hijrah).

Di bulan Ramadhan, Nabi dan sahabat tidak leka berehat untuk menghilangkan penat, tapi semakin menggandakan usaha untuk mempertahankan dan menyebarkan Islam kepada umat manusia. Mereka bermandikan peluh dan darah di medan peperangan.

Telah banyak dinukilkan tentang kejayaan umat Islam dalam peperangan di bulan Ramadhan dengan atas sebab kekuatan tarbiyah dan pengharapan mereka yang tidak pernah putus pada Allah swt.

Di siang hari mereka seperti singa, di malam hari mereka menjadi abib. Mereka yakin, kejayaan yang mereka kecapi bukan sebab usaha mereka, tapi kerna kuatnya hubungan mereka dengan Allah..

Sahabat, sepanjang bulan Ramadhan ni, diikuti dengan bulan-bulan yg akan datang, mari kita pertingkatkan lagi ibadah kita,tilawah dan tadabbur kita, kiam kita, zikir kita, dan bacaan ruhiyyah kita.

Dalam masa yang sama kita terus kuatkan dan tsabatkn diri bekerja untuk dakwah Islam. Mari kita bina hubungan yang lebih kuat dengan Allah untuk kejayaan dakwah kita..

samedi 2 janvier 2010

Muhasabah Tadhiyyah Kita


Aku malu melihat orang-orang sedikit di sekelilingku. Sungguh tinggi tahap tadhiyyah mereka hanya utk satu kepentingan. Bukan utk kepentingan diri mereka sendiri, tetapi segalanya demi menjulang agama Islam tercinta.

Kerna mahu kalimah Allah swt sampai ke dalam setiap hati-hati manusia, harta, masa, dan tenaga banyak mereka nafkahkan tanpa mengharapkan sebarang balasan dari makhluk.

Tadhiyyah para sahabat Nabi saw di jalan Dinul haq menjadi qudwah kepada usaha dan pengorbanan mereka yg tidak memandang kepada pujian manusia. Sifat suka berkorban menjadikan mereka semakin kuat dan matang bersilih hari di seperjalanan perjuangan yg sukar dan panjang ini.

Sesungguhnya, mereka sangat mengerti bahawa cita-cita dan impian mereka utk meletakkn Islam ke tahap tertinggi tidak sekali-kali kesampaian dn hanya tinggal sebagai angan-angan kosong tanpa tahap pengorbanan yg cukup dengan penuh keikhlasan kepada Rabbul Jamil.

Mereka sangat memahami akan jual beli yang Allah swt tawarkan kepada orang-orang yang beriman, kepada para dai'e. Mereka berkorban apa yang dikurniakan mereka di dunia demi agamaNYA, buat mereka syurga yang kekal abadi, sebaik-baik balasan dari Allah swt.

MashaAllah. Ya Allah, mahu aku seperti mereka sebelum tiba saat itu untukku..