jeudi 5 novembre 2009

Mereka Jundullah


Dakwah Islamiyyah perlukn pemuda berani

rijal rijal yang mencintai Allah sepenuh hati
Islam difahami dan dijulang ke tahap tertinggi
selagi jasad mereka bernyawa di bumi
mereka ansarullah tidak hanya memerhati
umat Islam dihina dan dicaci
oleh musuh Allah hamba duniawi
mereka berjanji pada Tuhan rabbul Izzati
terus tertsabat mendokong Islam yang suci
Mereka mendidik rijal rijal sejati
Tidak pula lupa tarbiah diri
mereka terus membina menyusun rapi
perjuangan mereka bersambung generasi
biarpun syahid di jalan Ilahi
Ya Allah, mahu kami seperti jiwa jiwa ini
hebat mereka seperti helang rajawali
hidup senantiasa mengingati mati
tujuan hidup tidak sekali dilupai
hawa ditolak wahyu di sisi
langkah mereka mengikut Nabi
insyaAllah bertemu mereka syurga firdausi..

"hanya gerhana, bukan selamanya"

0 commentaires: